Hari : Senin, 20 April 2015/01 Rajab 1436 H
Oleh : Ustadz Noerdin
Dari Kitab Riyadhus Shalihin karya Imam Nawawi
Yang lebih utama sekali ialah berpuasa tiga hari itu dijatuhkan dalam hari-hari bidh - yangmaknanya putih - yakni pada tarikh 13, 14 15. Ada yang mengatakan iaitu tarikh 12, 13 dan 14, tetapiyang shahih dan masyhur ialah pendapat yang pertama.
Oleh : Ustadz Noerdin
Dari Kitab Riyadhus Shalihin karya Imam Nawawi
Yang lebih utama sekali ialah berpuasa tiga hari itu dijatuhkan dalam hari-hari bidh - yangmaknanya putih - yakni pada tarikh 13, 14 15. Ada yang mengatakan iaitu tarikh 12, 13 dan 14, tetapiyang shahih dan masyhur ialah pendapat yang pertama.
1256. Dari Abu Hurairah r.a., katanya:
"Aku diwasiatkan oleh kekasihku – yakni NabiMuhammad s.a.w. dengan tiga
macam perkara, iaitu berpuasa tiga hari dari setiap bulan, melakukan duarakaat
solat sunat Dhuha dan supaya aku bersembahyang witir sebelum aku
tidur." (Muttafaq 'alaih)
1257. Dari Abuddarda' r.a., katanya:
"Aku diwasiatkan oleh kekasihku - yakni Nabi Muhammads.a.w. dengan
tiga macam perkara. Aku sama sekali tidak akan meninggalkannya selama aku
hidup,iaitu berpuasa tiga hari dari tiap-tiap bulan, melakukan solat sunat Dhuha
dan supaya aku tidak tidurdulu sebelum aku bersembahyang witir." (Riwayat
Muslim)
1258. Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash
radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w.bersabda: "Berpuasa
tiga hari dari tiap-tiap bulan adalah sama dengan berpuasa setahun penuh."
(Muttafaq 'alaih)
1259. Dari Mu'adzah al-'Adawiyah,
bahawasanya ia bertanya kepada Aisyah radhiallahu 'anha:"Apakah Rasulullah
s.a.w. itu berpuasa sebanyak tiga hari dari setiap bulan?" Aisyah radhiallahu
anhamenjawab: "Ya." Aku - Mu'adzah - bertanya: "Dari bulan apa
sahaja beliau s.a.w. berpuasa?" Aisyahmenjawab: "Beliau tidak
memperdulikan dari bulan manakah beliau berpuasa itu." (Riwayat Muslim)
1260. Dari Abu Zar r.a., katanya:
"Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jikalau engkau berpuasa tiga hari
dari sesuatu bulan, maka berpuasalah pada tarikh tigabelas, empat belas dan
lima belas."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia
mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
1261. Dari Qatadah bin Milhan r.a.,
katanya: "Rasulullah s.a.w. memerintahkan kepada kamiuntuk berpuasa dalam
hari-hari bidh - yang maknanya putih, iaitu pada tarikh tiga belas, empat belas
danlima belas." (Riwayat Abu Dawud)
1262. Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma:
"Rasulullah s.a.w. itu tidak berbuka - yakniberpuasa - pada hari-hari bidh
- yang maknanya putih, baik beliau s.a.w. berada di rumah atau pun didalam
perjalanan."Diriwayatkan oleh Imam Nasa'i dengan isnad yang baik.
0 komentar:
Posting Komentar