Kamis, 23 April 2015

Kajian Shubuh : Bab 137 Salamnya Orang Lelaki Kepada Isterinya Dan Wanita Yang Menjadi Mahramnya

Hari  : Selasa, 21 April 2015/02 Rajab 1436 H
Oleh : Ustadz Noerdin
Dari Kitab Riyadhus Shalihin karya Imam Nawawi







861. Dari Sahl bin Sa'ad r.a., katanya: "Di rumah kami ada seorang wanita, atau dalam riwayatlain disebutkan: "Kami mempunyai seorang wanita yang sudah tua. Ia mengambil dari pokok tanamansayur bernama silik lalu sayur itu diletakkan olehnya dalam kuali dan ia menumbuk biji-bijian gandum.Maka jikalau kami semua telah selesai melakukan solat Jumaat, kami pun pulanglah lalu kamimengucapkan salam pada wanita tadi, kemudian ia menghidangkan makanan yang dimasaknya itu padakami." (Riwayat Bukhari)
Tukarkiru maknanya menumbuk.
  

862. Dari Ummu Hani' iaitu Fakhitah binti Abu Thalib radhi-allahu 'anha, katanya: "Aku datangdi tempat Nabi s.a.w. pada hari penaklukan kota Makkah dan beliau s.a.w. sedang mandi, sedangFathimah menutupinya, kemudian aku mengucapkan salam kepadanya," dan selanjutnya Fakhitahmenyebutkan kelanjutan Hadis ini sampai selesai. (Riwayat Muslim)
  


863. Dari Asma' binti Yazid radhiallahu 'anha, katanya: "Nabi s.a.w. berjalan melalui kami, iaitukelompok kaum wanita, lalu beliau s.a.w. mengucapkan salam kepada kami."Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa iniadalah Hadis hasan. Ini adalah lafaznya Imam Abu Dawud. Ada pun lafaznya Imam Termidzi ialah:Bahawasanya Rasulullah s.a.w. berjalan dalam masjid pada suatu hari melalui sekelompok kaumwanita yang sedang duduk-duduk, lalu beliau s.a.w. memberikan isyarat dengan tangannya dengandisertai ucapan salam.

0 komentar:

Posting Komentar