Jumat, 08 Mei 2015

Kajian Shubuh : Bab 154 Tidak Menggunjing tentang si Mayat dan 155 Keutamaan Mengurus Jenazah

Hari  : Rabu, 06 Mei 2015/17 Rajab 1436 H
Oleh : Ustadz Endang Iskadar, S.Pd.I
Dari Kitab Riyadhus Shalihin karya Imam Nawawi





Bab 154
Tidak Menggunjing Sesuatu Yang Tidak   Baik Yang Diketahui Dari Seseorang Mayat



926. Dari Abu Rafi' iaitu Aslam, hamba sahaya Rasulullah s.a.w. bahawasanya Rasulullah s.a.w.bersabda: "Barangsiapa yang memandikan seseorang mayat, lalu ia menyimpan - yakni merahsiakan -atas keburukan mayat itu - yang diketahui olehnya, maka Allah memberikan pengampunan kepadaorang tadi sebanyak empat puluh kali."
Diriwayatkan oleh Imam Hakim dan ia berkata bahawa ini adalah Hadis shahih menurut syaratImam Muslim


Bab 155
Menyembahyangkan Mayat, Menghantarkannya- Ke Kubur, Menghadiri Pengkebumiannya Dan Makruhnya Kaum Wanita Ikut Menghantarkan Jenazah-jenazah


Tentang keutamaan menghantarkan mayat sudah lebih dahulu huraiannya - rujuk Kitab Menziarahi orang sakit dari Hadis no. 891 di muka surat 50 dan seterusnya.
  

927. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang menyaksikan mayat sehingga ia disembahyangkan - yakni ikut samamenyembahyangkan juga, maka ia memperolehi pahala seqirath dan barangsiapa yang menyaksikansehingga di kubur, maka ia memperolehi pahala dua qirath."
Beliau s.a.w. ditanya: "Seberapakah duaqirath itu?" Beliau s.a.w. menjawab:
"Iaitu seperti dua gunung yang besar-besar." (Muttafaq 'alaih)
  

928. Dari Abu Hurairah r.a. juga bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
''Barangsiapa mengikuti jenazahnya seseorang Muslim dengan sebab adanya keimanan sertamengharapkan keredhaan Allah dan ia terus menyertainya sehingga mayat itu disembahyangkan dansehingga selesai dikebumikan, maka sesungguhnya orang yang sedemikian itu akan kembali denganmembawa pahala sebanyak dua qirath, setiap seqirath itu adalah sebesar gunung Uhud. Danbarangsiapa yang ikut menyembahyangkannya kemudian kembali sebelum dikebumikan, makasesungguhnya ia akan kembali dengan membawa pahala seqirath."
(Riwayat Bukhari)
  


929. Dari Ummu 'Athiyah radhiallahu 'anha, katanya: "Kami semua dilarang untuk mengikutimenghantarkan jenazah - ke kubur, tetapi larangan itu tidak diperkuatkan untuk kami - maksudnya ialahuntuk kaum wanita." (Muttafaq 'alaih)Maknanya ialah bahawa larangan mengikuti jenazah ke kubur bagi kaum wanita itu tidak diperkuatkan sebagaimana keadaannya larangan yang diperkuatkan dalam perkara-perkara yangdiharamkan - jadi hukumnya ialah makruh sahaja

0 komentar:

Posting Komentar