Hari : Selasa, 14 April 2015/24 Jumadil Akhir 1436 H
Oleh : Ustadz Noerdin
Oleh : Ustadz Noerdin
Dari Kitab Riyadhus Shalihin karya Imam Nawawi
Allah Ta'ala berfirman:
"Jagalah solat-solat wajib itu dan
solat pertengahan."(al-Baqarah: 238)
Beberapa alim-ulama mengatakan bahawa yang
dimaksud dengan solat pertengahan ialah SolatAsar.
Allah Ta'ala berfirman lagi:
"Jikalau mereka - orang-orang kafir -
itu telah bertaubat dan turut sama mendirikan solat sertamenunaikan zakat,
maka lepaskanlah jalan mereka - yakni anggaplah seperti orang mu'min
yanglain-lain." (at-Taubah: 5)
1072. Dari Ibnu Mas'ud r.a., katanya:
"Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Manakah amalan yang lebih
utama?" Beliau s.a.w. menjawab: "Yaitu solat tepat pada
waktunya."
Aku bertanya lagi: "Kemudian amalan
apakah?" Beliau s.a.w. menjawab: "Berbakti kepada kedua
orang tua." Akubertanya lagi:
"Kemudian apa lagi?" Beliau s.a.w. menjawab:
"Iaitu berjihad fi-sabilillah."
(Muttafaq'alaih)
1073. Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma,
katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Agama Islam itu didirikan atas lima
perkara iaitu menyaksikan bahawasanya tiada Tuhanmelainkan Allah dan
bahawasanya Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan solat,
menunaikan zakat, berhaji ke Baitullah dan berpuasa dalam bulan
Ramadhan."
(Muttafaq 'alaih)
1074. Dari Ibnu Umar r.a. lagi,
katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Aku diperintah untuk memerangi para
manusia, sehingga mereka itu rela menyaksikanbahawasanya tiada Tuhan melainkan
Allah dan bahawasanya Muhammad adalah utusan Allah, jugamendirikan solat
menunaikan zakat. Jikalau mereka telah mengerjakan yang sedemikian itu,
makaterpeliharalah mereka itu daripadaku mengenai darah dan harta benda mereka,
melainkan denganhaknya Agama Islam, sedangkan hisab mereka adalah tergantung
atas Allah."
(Muttafaq 'alaih)
1075. Dari Mu'az r.a., katanya: "Aku
diutus oleh Rasulullah s.a.w. ke Yaman, lalu beliau s.a.w.bersabda: "Sesungguhnya
engkau akan menemui sesuatu kaum dari golongan ahlulkitab - yakni kaumYahudi
dan Nasrani, maka ajaklah mereka untuk menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan
melainkan Allah dan bahawasanya aku adalah utusan Allah. Jikalau
mereka sudah taat untuk berbuat sedemikianitu, maka beritahukanlah kepada
mereka bahawasanya Allah itu mewajibkan kepada mereka solat limakali dalam
sehari semalam. Jikalau mereka sudah taat untuk berbuat sedemikian itu,
makaberitahukanlah pula bahawasanya Allah itu mewajibkan kepada mereka untuk mengeluarkan
sedekah - zakat - yang diambil dari golongan mereka yang kaya-kaya dan
dikembalikan kepada golongan mereka yang fakir-fakir. Jikalau mereka sudah taat berbuat sedemikian, maka takutlah
engkau akan harta-benda mereka yang mulia - maksudnya jangan
bertindak zalim dan menganiaya. Takutlah kepada doanya orang yang dianiaya.
sebab sesungguhnya sahaja, antara doa itu dengan Allah tidak ada lagi tabirnya
- yakni doa orang yang dianiaya pasti akan dikabulkan." (Muttafaq 'alaih)
0 komentar:
Posting Komentar