Selasa, 05 Mei 2015

Kajian Shubuh : Bab 134, 135 dan 136 Sunnah Salam Saat Bertemu, Bersalam Ketika Masuk Rumah, dan Salam Kepada Anak-anak

Hari  : Senin, 27 April 2015/08 Rajab 1436 H
Oleh : Ustadz Noerdin
Dari Kitab Riyadhus Shalihin karya Imam Nawawi






Bab  134.  Sunnahnya Mengulangi Salam Kepada Orang Yang Berulang Kali Pula Bertemu Dengannya Sekali pun Dalam Waktu Dekat, Seperti Ia Masuk Lalu Keluar Lalu Masuk Lagi Dalam Masa Yang Sama Atau punTerhalang Oleh Pohon Dan Sebagainya Antara Kedua Orang Itu



857. Dari Abu Hurairah r.a. dalam meriwayatkan Hadisnya orang yang berbuat buruk dalamsolatnya, bahawasanya orang itu datang lalu bersembahyang, kemudian datang lagi kepada Nabi s.a.w.terus ia memberi salam kepada beliau dan beliau menjawab salamnya, selanjutnya beliau bersabda:
"Kembalilah bersembahyang lagi, sebab engkau tadi sebenarnya belum bersembahyang." Orang itu kembali lagi lalu bersembahyang, setelah itu datang lagi terus mengucapkan salamkepada Nabi s.a.w. sehingga ia melakukan sedemikian itu sampai tiga kali banyaknya. (Muttafaq 'alaih)
  

858. Dari Abu Hurairah r.a. lagi dari Rasulullah s.a.w., sabdanya:
"Apabila seseorang di antarakamu sekalian bertemu saudaranya - yakni sesama Muslim, maka hendaklah mengucapkan salam padanya. Jikalau antara kedua-duanya itu terhalang oleh sebuah pohon, dinding atau batu kemudianbertemu lagi dengan saudaranya itu, maka hendaklah mengucapkan salam juga sekali lagi."
(RiwayatAbu Dawud)


Bab 135   Sunnahnya Mengucapkan Salam Jikalau Memasuki Rumah
  

Allah Ta'ala berfirman:



"Maka apabila kamu sekalian memasuki rumah, ucapkanlah salam kepada dirimu sendirisebagai penghormatan dari sisi Allah yang diberkati serta yang dianggap baik sekali," (an-Nur: 61)

859. Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku:
"Wahai anakku, jikalauengkau masuk ke tempat keluargamu, maka ucapkanlah salam. Kalau itu engkau lakukan,maka hal ituakan menyebabkan adanya keberkatan atas dirimu sendiri dan juga atas seluruh keluarga rumahmu."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.


Bab 136.   Mengucapkan Salam Kepada Kanak-kanak

860. Dari Anas r.a. bahawasanya ia berjalan melalui kanak-kanak lalu ia memberikan salam kepada mereka dan berkata: "Rasulullah s.a.w. itu juga melakukan seperti ini - yakni mengucapkan salam kepada kanak-kanak." (Muttafaq 'alaih)

0 komentar:

Posting Komentar