Senin, 06 April 2015

Kajian Shubuh : Bab. 145 Ucapan Yang Perlu Diberikan Untuk Mendoakan Orang Sakit

Hari  : Senin, 06 April 2015/16 Jumadil Akhir 1436 H
Oleh : Ustadz Noerdin
Dari Kitab Riyadhus Shalihin karya Imam Nawawi






Dari Aisyah radhiallahu 'anha bahawasanya Nabi s.a.w. itu apabila ada seseorang yangmengeluh kerana ada sesuatu yang dirasa sakit pada dirinya atau ada luka, kecil atau besar, maka Nabis.a.w. berdoa dengan menggunakan jari tangannya sedemikian. Sufyan bin 'Uyainah yangmeriwayatkan Hadis ini menunjukkan cara menggunakan jari itu, yakni telunjuknya diletakkan ke tanahlalu diangkat dan di waktu meletakkan itu mengucapkan - yang maksudnya: ''Dengan menyebut nama Allah, ini adalah tanah bumi kami, dicampur dengan ludah sebahagian dari kami, semoga dengannyadapat disembuhkan orang sakit di antara kami, dengan izin Tuhan kami." (Muttafaq 'alaih)


Dari Aisyah radhiallahu 'anha juga bahawasanya Nabi s.a.w. pada suatu waktu menziarahisetengah dari keluarganya yang sakit. Beliau s.a.w. mengusap dengan tangannya yang kanan danmengucapka n - yang maksudnya: "Ya Allah, Tuhan seluruh manusia, hilangkanlah kesukaran - yakni penyakit - ini. Sembuhkanlah, Engkau sahajalah yang dapat menyembuhkan. Tiada kesembuhan kecualikesembuhan daripadaMu, yakni kesembuhan yang tidak lagi meninggalkan penyakit." (Muttafaq 'alaih)


Dari Anas r.a. bahawasanya ia berkata kepada Tsabit rahimahullah:"Sukakah engkau aku beri ucapan bacaan-bacaan dengan bacaan-bacaan yang diberikan olehRasulullah s.a.w.?" Ia menjawab: "Baiklah." Anas mengucapkan - yang maksudnya: "Ya Allah, Tuhansekalian manusia, yang dapat melenyapkan kesukaran - penyakit. Sembuhkanlah, Engkau sahajalah yang dapat menyembuhkan. Tiada yang kuasa menyembuhkan kecuali Engkau, suatu kesembuhan yangtidak meninggalkan penyakit." (Riwayat Bukhari)


Dari Sa'ad bin Abu Waqqash r.a., katanya: "Aku diziarahi oleh Rasulullah s.a.w. - waktu iamenderita sakit - lalu beliau s.a.w. mengucapkan - yang maksudnya: "Ya Allah, sembuhkanlah Sa'ad, ya Allah, sembuhkanlah Sa'ad, ya Allah, sembuhkanlah Sa'ad." (Riwayat Muslim)


Dari Abu Abdillah iaitu Usman bin Abul 'Ash r.a. bahawasanya ia mengadu kepadaRasulullah s.a.w. kerana adanya suatu penyakit yang dideritainya dalam tubuhnya, lalu Rasulullahs.a.w. bersabda padanya: "Letakkanlah tanganmu pada tempat yang engkau rasa sakit dari tubuhmu itu,kemudian ucapkanlah "Bismillah" tiga kali, lalu ucapkanlah juga sebanyak tujuh kali - yangmaksudnya:"Aku memohon perlindungan dengan kemuliaan Allah dan kekuasaanNya darikeburukannya sesuatu yang aku perolehi dan yang aku takutkan." (Riwayat Muslim)

Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Barangsiapa yang menziarahi orang sakit yang belum waktunya untuk didatangi oleh ajalkematiannya, lalu orang yang menziarahi tadi mengucapkan untuk yang sakit itu sebanyak tujuh kali,iaitu ucapan - yang maksudnya: "Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, yang menguasai'arasy yang agung, semoga Allah menyembuhkan penyakitmu, melainkan Allah akan menyembuhkanorang tadi dari penyakit yang dideritainya."
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa iniadalah Hadis hasan. Imam Hakim berkata bahawa Hadis ini adalah shahih menurut syaratnya ImamBukhari.

Dari Ibnu Abbas r.a. lagi bahawasanya Nabi s.a.w. masuk ke tempat A'rab - penghunipendalaman negeri Arab - untuk menziarahinya - kerana sakit - dan Nabi s.a.w. itu apabila masuk ketempat orang sakit untuk menziarahinya, maka beliau mengucapkan - yang maksudnya: "Tidak adahalangan apa-apa. Ini sebagai pencuci dosa-dosamu, Insya Allah."
(Riwayat Bukhari)


Dari Abu Said al-Khudri r.a. bahawasanya Jibril menemui Nabi s.a.w. lalu berkata: "WahaiMuhammad, adakah anda sakit?" Beliau s.a.w. menjawab: "Ya." Jibril lalu mengucapkan - yangmaksudnya: "Dengan nama Allah, aku memberikan bacaan-bacaan padamu, dari segala macambahaya yang menyakitkan dirimu, juga dari semua hati dan mata yang mendengki. Allah akanmenyembuhkan penyakitmu. Dengan nama Allah, aku memberikan bacaan-bacaan padamu."
(RiwayatMuslim)


Dari Abu Said dan Abu Hurairah radhiallahu 'anhuma bahawasanya kedua-duanya itumenyaksikan Rasulullah s.a.w. bahawa beliau bersabda: "Barangsiapa yang mengucapkan - yangmaksudnya: "Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah adalah Maha Besar," maka perkataannya ituakan dibenarkan oleh Tuhannya dan Tuhan berfirman: "Tiada tuhan selain Aku dan Aku adalah Maha Besar." Kemudian jikalau orang itu mengucapkan - yarig maksudnya: "Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tidak ada sekutuNya," maka Tuhan berfirman: "Tiada Tuhan melainkan Aku yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiKu." Seterusnya apabila orang itu mengucapkan - yang maksudnya:"Tiada Tuhan melainkan Allah, bagiNya adalah segenap kerajaan dan baginya pula segala puji-pujian," maka Allah berfirman: "Tiada Tuhan melainkan Aku, bagiKu segenap kerajaan danbagiKu pula segala puji-pujian." Dan jikalau orang itu mengucapkan - yang maksudnya: "Tiada Tuhanmelainkan Allah dan tiada daya serta tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah," maka Allah berfirman: "Tiada Tuhan melainkan Aku dan tiada daya serta tiada kekuatan melainkan dengan pertolonganKu."
Selanjutnya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang mengucapkan semua di atas itu di waktu sakitnya lalu ia meninggal dunia,maka ia tidak akan dapat dimakan oleh api neraka ." Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

0 komentar:

Posting Komentar