Selasa, 05 Mei 2015

Kajian Shubuh : Bab 212 Keutamaan Bangun Solat Di Waktu Malam

Hari  : Minggu, 03 Mei 2015/14 Rajab 1436 H
Oleh : Ustadz Noerdin
Dari Kitab Riyadhus Shalihin karya Imam Nawawi





Allah Ta'ala berfirman:
  


"Dan dari sebahagian waktu malam, maka lakukanlah Solat Tahajud, sebagai suatu amalansunnah untukmu, mudah-mudahan Tuhanmu akan mengangkat mu ke tempat yang terpuji." (al-Isra':79)
  

Allah Ta'ala berfirman lagi:
  

"Mereka meninggalkan tempat-tempat pembaringannya - untuk melakukan ibadat di waktumalam." (as-Sajdah: 16) .... hingga akhir ayat.
  

Allah Ta'ala juga berfirman:
  

"Mereka itu sedikit sekali dari waktu malam yang mereka pergunakan untuk tidur." (az-Zariyat:17)
  

1158. Dari Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Nabi s.a.w. itu berdiri untuk bersembahyangmalam, sehingga pecah-pecah kedua-dua tapak kakinya. Aku berkata kepadanya: "Mengapa Tuanmengerjakan sedemikian ini, ya Rasulullah, padahal sudah diampunkan untuk Tuan dosa-dosa Tuanyang dahulu dan yang kemudian?" beliau s.a.w. lalu bersabda: "Salahkah aku ini menjadi seoranghamba yang banyak bersyukur." (Muttafaq 'alaih)Diriwayatkan dari al-Mughirah sedemikian itu pula. (Muttafaq 'alaih)
  

1159. Dari Ali r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. menemuinya dan Fathimah di waktu malam, lalubeliau s.a.w. bersabda:
"Apakah engkau berdua tidak bersembahyang?"  (Muttafaq 'alaih)
Tharaqahu maknanya berada di waktu malam
.


1160. Dari Salim bin Abdullah bin Umar bin al-Khattab radhiallhu 'anhum dari ayahnyabahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
"Sebaik-baik orang lelaki ialah Abdullah, andaikata ia sukabersembahyang di waktu malam."
Salim berkata: "Sejak saat itu Abdullah tidak tidur di waktu malam, kecuali sebentar sahaja."(Muttafaq 'alaih)
  

1161. Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w.bersabda:
"Wahai Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si Fulan itu. Dulu ia suka sekali bangunbersembahyang di waktu malam, tetapi kini meninggalkan bangun sembahyang waktu malam itu."  (Muttafaq 'alaih)
  

1162. Dari Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Ada seorang lelaki yang disebut-sebut di sisi Nabi s.a.w.,iaitu bahawa orang tersebut tidur di waktu malam sampai pagi - yakni tidak bangun untuk bersembahyang malam, lalu beliau s.a.w. bersabda: "

Orang itu sudah dikencing oleh syaitan dalamkedua-dua telinganya" atau beliau s.a.w. bersabda: "di telinganya." (Muttafaq 'alaih)

0 komentar:

Posting Komentar