Hari : Rabu, 29 April 2015/10 Rajab 1436 H
Oleh : Ustadz Noerdin
Dari Kitab Riyadhus Shalihin karya Imam Nawawi
Oleh : Ustadz Noerdin
Dari Kitab Riyadhus Shalihin karya Imam Nawawi
1059. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Seseorang di antara kamu sekalian
itu masih tetap dianggap dalam solat, selama solat itumenyebabkan ia terhenti.
Jadi tidak ada yang menghalang-halangi ia untuk kembali ke tempat
keluargaitu melainkan kerana menantikan solat." (Muttafaq 'alaih)
1060. Dari Abu Hurairah r.a., juga bahawasanya
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Dan malaikat itu mendoakan kepada
seseorang di antara kamu sekalian supaya mendapatkanrahmat, selama orang
itu masih ada di dalam tempat solatnya yang ia bersembahyang di situ,
jugaselama ia belum berhadas. Malaikat itu mengucapkan: "Ya Allah,
ampunilah orang itu, ya Allah, belaskasihanilah ia." (Riwayat Bukhari)
1061. Dari Anas r.a.: "Bahawasanya
Rasulullah s.a.w. mengakhiri Solat Isya' pada suatu malamsampai ke
pertengahan malam, kemudian beliau s.a.w. menghadap - kepada orang ramai -
denganwajahnya setelah selesai bersembahyang, lalu beliau s.a.w. bersabda:
"Orang-orang sudahbersembahyang dan
mereka telah tidur dan kamu sekalian sentiasa dianggap dalam melakukan
solat,sejak kamu sekalian menantikan solat itu." (Riwayat Bukhari)
0 komentar:
Posting Komentar