Hari : Selasa, 28 April 2015/09 Rajab 1436 H
Oleh : Ustadz Noerdin
Dari Kitab Riyadhus Shalihin karya Imam Nawawi
Oleh : Ustadz Noerdin
Dari Kitab Riyadhus Shalihin karya Imam Nawawi
1031. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Andaikata para manusia itu
mengetahui betapa besar pahalanya berazan dan berdiri di saf pertama
- di waktu solat, kemudian mereka tidak menemukan jalan untuk memperolehinya
itumelain-kan dengan cara mereka mengadakan undian, nescayalah mereka akan
melakukan undian itu. Juga andaikata para manusia mengetahui betapa besar
pahalanya datang lebih awal - untuk melakukan solat, nescayalah mereka
akan berlumba-lumba untuk itu. Demikian pula andaikata merekamengetahui
betapa besar pahalanya solat Isyak dan solat Subuh - dengan berjamaah,
nescayalahmereka akan mendatangi kedua-dua solat itu, sekalipun dengan berjalan
merangkak." (Muttafaq 'alaih)
Al-Istiham maknanya mengadakan undian dan Attahjir
ialah datang paling awal untuk mengerjakan solat - di masjid.
1032. Dari Mu'awiyah r.a., katanya:
"Aku men dengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Para muazzin - ahli berazan - itu
adalah manusia yang terpanjang lehernya besok pada harikiamat." (Riwayat Muslim)
1033. Dari Abdullah bin Abdur Rahman bin
Abu Sha'sha'ah bahawasanya Abu Said al-Khudrir.a. berkata padanya:
"Sesungguhnya aku melihat engkau suka sekali pada kambing dan
tempat-tempatdi desa, maka jikalau engkau berada di tempat kambing engkau atau
di desa engkau, lalu engkau berazanuntuk bersembahyang, maka lantangkanlah
suara engkau pada berazan itu, kerana sesungguhnya tiadaseorang jin, manusia
atau sesuatu apa pun yang mendengar dengungan suara muazzin itu, melainkan
iaakan menjadi saksi untuknya pada hari kiamat."Abu Said berkata:
"Aku mendengar yang sedemikian itu dari Rasulullah s.a.w." (RiwayatBukhari)
1034. Dari Abu Hurairah r.a., katanya:
"Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jikalau azan dilaungkan untuk solat,
maka membelakanglah syaitan - yakni lari ke belakang -sambil
terkentut-kentut, sehingga ia tidak mendengar lagi suara azan tersebut.
Selanjutnya jikalau azansudah selesai, maka ia datang lagi, sehingga apabila
dibunyikan iqamat, maka sekali lagi iamembelakang, kemudian apabila bunyi
iqamat telah selesai datanglah ia kembali sehingga iamengusikkan - yakni
menggoda - antara seseorang itu dengan hatinya sendiri sambil
mengucapkan:"Ingatlah ini dan ingatlah itu," iaitu sesuatu yang tidak
diingatnya sebelum ia bersembahyang itu,sehinggakan seseorang itu tidak lagi
mengetahui, sudah berapa rakaat ia bersembahyang." (Muttafaq'alaih)
1035. Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash
radhiallahu 'anhuma bahawasanya ia mendengarRasulullah s.a.w. bersabda:
"Jikalau engkau mendengar azan, maka
ucapkanlah sebagaimana yang diucapkan olehmuazzin, kemudian bacalah selawat
untukku, kerana sesungguhnya sahaja barangsiapa yang membacaselawat
untukku sekali selawatan, maka Allah akan memberikan rahmat kepadanya sepuluh
kali,selanjutnya mohonlah wasilah kepada Allah untukku, sebab sesungguhnya
wasilah itu adalah suatutingkat dalam syurga yang tidak patut diberikan
melainkan kepada seseorang hamba dari sekianbanyak hamba-hamba Allah dan aku mengharapkan
agar sayalah hamba yang memperolehi tingkatanwasilah itu tadi. Maka dari
itu barangsiapa yang memohonkan wasilah untukku - kepada Allah,wajiblah ia
memperolehi syafaatku." (Riwayat Muslim)
1036. Dari Abu Said al-Khudri r.a.
bahawasanya Rasulullah s.a.w. .bersabda:
"Jikalau kamu sekalian mendengar
azan, maka ucapkanlah ,sebagaimana yang diucapkan olehmuazzin."(Muttafaq 'alaih)
1037. Dari Jabir r.a. bahawasanya
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang ketika - sudah
selesai - mendengarkan azan lalu mengucapkan - yangmaksudnya: "Ya Allah
yang Maha Menguasai doa yang sempurna serta solat yang akan didirikan
ini,berikanlah kepada Muhammad wasilah dan keutamaan, bangkitkanlah ia pada kedudukan
yang terpuji yang telah Engkau janjikan," maka akan dapatlah ia
memperolehi syafaatku pada hari kiamat." (Riwayat Bukhari)
1038. Dari Said bin Abu Waqqash r.a. dari
Nabi s.a.w. bahawasanya beliau bersabda:
"Barangsiapa yang ketika - telah
selesai - mendengarkan azan lalu mengucapkan - yangmaksudnya: "Aku
menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tiadasekutu
bagiNya dan bahawasanya Muhammad adalah hamba dan pesuruhNya. Aku rela
dengan Allahsebagai Tuhan, dengan Muhammad sebagai rasul dan dengan Islam
sebagai agama," makadiampunkanlah dosanya." (Riwayat Muslim)
1039. Dari Anas r.a., katanya:
"Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Doa itu tidak akan ditolak antara azan
dan iqamah."
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan
Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa iniadalah Hadis hasan.
0 komentar:
Posting Komentar