Selasa, 21 April 2015

Kajian Shubuh : Bab 230 Sunatnya Berpuasa Tiga Hari Dalam Setiap Bulan

Hari  : Senin, 20 April 2015/01 Rajab 1436 H
Oleh : Ustadz Noerdin
Dari Kitab Riyadhus Shalihin karya Imam Nawawi





Yang lebih utama sekali ialah berpuasa tiga hari itu dijatuhkan dalam hari-hari bidh - yangmaknanya putih - yakni pada tarikh 13, 14 15. Ada yang mengatakan iaitu tarikh 12, 13 dan 14, tetapiyang shahih dan masyhur ialah pendapat yang pertama.



1256. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Aku diwasiatkan oleh kekasihku – yakni NabiMuhammad s.a.w. dengan tiga macam perkara, iaitu berpuasa tiga hari dari setiap bulan, melakukan duarakaat solat sunat Dhuha dan supaya aku bersembahyang witir sebelum aku tidur." (Muttafaq 'alaih)
  

1257. Dari Abuddarda' r.a., katanya: "Aku diwasiatkan oleh kekasihku - yakni Nabi Muhammads.a.w. dengan tiga macam perkara. Aku sama sekali tidak akan meninggalkannya selama aku hidup,iaitu berpuasa tiga hari dari tiap-tiap bulan, melakukan solat sunat Dhuha dan supaya aku tidak tidurdulu sebelum aku bersembahyang witir." (Riwayat Muslim)
  

1258. Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w.bersabda: "Berpuasa tiga hari dari tiap-tiap bulan adalah sama dengan berpuasa setahun penuh."  (Muttafaq 'alaih)
  

1259. Dari Mu'adzah al-'Adawiyah, bahawasanya ia bertanya kepada Aisyah radhiallahu 'anha:"Apakah Rasulullah s.a.w. itu berpuasa sebanyak tiga hari dari setiap bulan?" Aisyah radhiallahu anhamenjawab: "Ya." Aku - Mu'adzah - bertanya: "Dari bulan apa sahaja beliau s.a.w. berpuasa?" Aisyahmenjawab: "Beliau tidak memperdulikan dari bulan manakah beliau berpuasa itu." (Riwayat Muslim)
  

1260. Dari Abu Zar r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jikalau engkau berpuasa tiga hari dari sesuatu bulan, maka berpuasalah pada tarikh tigabelas, empat belas dan lima belas."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
  

1261. Dari Qatadah bin Milhan r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. memerintahkan kepada kamiuntuk berpuasa dalam hari-hari bidh - yang maknanya putih, iaitu pada tarikh tiga belas, empat belas danlima belas." (Riwayat Abu Dawud)
  


1262. Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma: "Rasulullah s.a.w. itu tidak berbuka - yakniberpuasa - pada hari-hari bidh - yang maknanya putih, baik beliau s.a.w. berada di rumah atau pun didalam perjalanan."Diriwayatkan oleh Imam Nasa'i dengan isnad yang baik.

0 komentar:

Posting Komentar