Jumat, 08 Mei 2015

Kajian Shubuh : Bab 206 Keutamaan Solat Dhuha Dan Huraian Perihal Paling Ringkasnya Rakaat Dhuha, Sebanyak-banyaknya Dan Yang Pertengahannya Serta GalakanUntuk Menjaga Dan Terus Melakukannya - Istiqomah

Hari  : Selasa, 05 Mei 2015/16 Rajab 1436 H
Oleh : Ustadz Endang Iskadar, S.Pd.I
Dari Kitab Riyadhus Shalihin karya Imam Nawawi






1137. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Kekasihku - yakni Nabi Muhammad s.a.w. telahmemberikan wasiat padaku untuk melakukan puasa sebanyak tiga hari dalam setiap bulan, juga duarakaat sunat Dhuha dan supaya aku bersembahyang witir dulu sebelum tidur." (Muttafaq 'alaih)Melakukan solat witir sebelum tidur itu hanyalah disunatkan bagi seseorang yang tidak mempercayai dirinya akan dapat bangun pada akhir malam. Tetapi sekiranya dapat mempercayaidirinya, Maka pada akhir malam adalah lebih utama lagi.
  

1138. Dari Abu Zar r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Setiap ruas tulang dari seseorang di antara kamu sekalian itu harus ada sedekahnya padasaban pagi harinya, maka setiap sekali tasbih - bacaan Subhanallah - adalah sedekah, setiap sekalitahmid - bacaan Alhamdulillah - adalah sedekah, setiap sekali tahlil - bacaan La ilaha ilallah - adalahsedekah, setiap sekali takbir - bacaan Allahu Akbar - adalah sedekah, memerintahkan kepada kebaikanadalah sedekah, melarang dari kemungkaran adalah sedekah dan yang sedemikian itu dapat dicukupkan oleh dua rakaat yang dilakukan oleh seseorang dari Solat Dhuha." (Riwayat Muslim)
  

1139. Dari Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. itu bersembahyang Dhuhaempat rakaat dan menambahkan dari jumlah itu semahu hatinya." (Riwayat Muslim)
  

1140. Dari Ummu Hani' iaitu Fakhitah binti Abu Thalib radhiallahu 'anha, katanya: "Aku pergike tempat Rasulullah s.a.w. pada hari pembebasan - kota Makkah, lalu aku temui beliau s.a.w. sedangmandi. Setelah selesai beliau s.a.w. mandi, lalu bersembahyang sebanyak lapan rakaat. Itulah solatDhuha." (Muttafaq 'alaih)Ini adalah yang diringkaskan dari lafaznya salah satu dari beberapa riwayat Muslim.





0 komentar:

Posting Komentar